BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 2, 2012

Kisah Mak Cik Kiah, Nana & ...:-)



Nak di kisahkan sorang jiran rumah aku..selang sebuah rumah.
Mak Cik Kiah nie ada anak bernama Nana,berumur 4 tahun..
Pada suatu petang Nana berkata pada ibunya..petang nie Nana nak ikut Kak Lin(jiran juga) pegi ngaji quran boleh tak ibu?.
Mak Cik Kiah pun berkata..boleh,.. pergilah Nana.

Pada petang itu Mak Kiah sedang bersiap nak sembayang asar, Nana berkata..Nana siap dulu ibu, Kak Lin dah tunggu nak pegi ngaji quran.
Mak Cik Kiah berkata..tunggu la ibu siap sembayang dulu..tetapi Nana menjawab tak pe la ibu....Nana pandai siap sendiri, maka Mak Cik Kiah pun berkata ikut nana la..tapi jalan baik-baik.

Semasa Nana melintasi rumah aku baru sahaja balik dari kedai.
Aku menegurnya..comelnyer Nana, nak pegi mana tu? kata Nana berkata, nak pegi ngaji Cik Eena..
Ketika dia memandang pada aku, aku terperasan anak tudung yang dipakainya lain macam je..aku tengok..
Aku pun memanggil Nana.Nana,...mari Cik Eena tengok anak tudung yg Nana pakai...
Ya allah..budak nie..aku sakit perut aku menahan ketawa..lalu menjerit memanggil Cik Kiah..
Mak Cik Kiah tiba dan menjerit..oh ..tidak...anak..aku...

*Korang tau apa yang di pakai Nana jadikan anak tudung..ha..ha seluar dalam ibu dia...

Senyum Sebentar - Jelingan ayah



Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

- he..he..kelakar, dah lama tak ketawa sorang2 -

Si Burung Bangang

Kisah ini agak kelakar. Cuti baru2 ni aku balik kampung.. Aku sedang menolong emak aku tumbuk sambal belacan di dapur.Tiba2 anak aku..menjerit, " Ibu2 jom tengok burung. ada burung bangang kat belakang rumah " Aku rasa agak terkejut jugak bila perkataan bangang keluar dari mulut anak aku...bila pulak la, dia dapat perkataan tu. "Tak baik cakap bangang..burung tu adik, binatang dia tak sekolah...adik jangan la cakap macam tu...lagi. Tapi aku tengok anak aku tu macam rasa tak puas hati."adik cakap betul ..burung tu burung bangang la ibu...kalau tak caya tengok kat belakang rumah"

Okay aku bagitahu kalau dia janji tak cakap bangang lagi aku ikut dia pergi tengok kat belakang rumah.
Sampai kat belakang rumah..baru la.. aku tau.."laaa adik tu bukan burung bangang, tapi burung bangau...

Kekadang bila teringat tersenyum pulak aku sorang2..

Ape2 pun jom kita berhibur dengan Si Bangau ni  kejap

Fish Ball - Buat Sendiri..Mudah..& Ringkas

FISH BALL

Bahan-bahan:
400 g isi ikan tenggiri
1 sudu kecil garam 
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil tepung ubi
60 ml air sejuk atau secukupnya
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
secubit serbuk perasa jika suka

Cara membuat:

Masukkan dlm mesin kisar (food prosessor) isi ikan, lada sulah dan garam, mesin hingga lumat
Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk kemudian mesin lagi sehingga sebati dan kenyal.
Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil. Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis
Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat.

Dah try ikut resepi ni - ok..boleh buat lagiii

Cuba -cuba Anda Fikirkan


1. Kenapa Tarzan tidak mempunyai janggut.

2.Mengapa kita tekan lebih keras pada remote control ketika kita mengetahui bateri flat?

3. Berapa kelajuan kegelapan?

4. Mengapa orang membayar untuk naik ke KL Tower dan kemudian teropong dari atas untuk melihat hal-hal di bawah?

5. Mengapa terdapat cahaya di dalam peti sejuk dan tidak di dalam freezer?

6. Mengapakah orang menunjuk ke pergelangan tangan mereka ketika meminta waktu, tetapi tidak menunjukkan dot dot mereka ketika mereka bertanya di mana toilet?

7. Kenapa Goofy berdiri tegak sementara Pluto tetap merangkak? Mereka berduakan anjing!

8. Jika minyak jagung dibuat dari jagung, dan minyak sayur diperbuat daripada sayuran, lalu apa baby oil diperbuat daripada?

9. Mengapa lagu A-B-C sama dengan lagu Twinkle Twinkle Little Star?

10 Adakah menekan butang lif lebih dari sekali membuatnya tiba lebih cepat?

he..he...suke..nyer..



* Dulu2 waktu kecil... suka bela kucing...takkan lupa...pada si peot..yg telah...pergi

The women in your life !!!!

 T he woman in your life... 

 

Here is a girl, who has dreams and aspirations just as 
you have because she is as human as you are; 





Please appreciate "HER" 















Respect Her. 

Tips Menghalang Kecurian


1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). Biarkan kucing jer tidur situ

2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur. (kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk.

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam,kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama...) Simpan barang kemas di luar rumah

6. Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing dikawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala)

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. Pastikan handphone ada cukup bateri

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor2 ini disimpan dlm handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak2 perempuan, sebaik2nya pintu biliknya dikunci dari dalam 20 (sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

18. Sekurang2 nya simpan kayu hoki di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yg ganas.

19. Jgn letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yg kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua. Nak lagi confident..tukar gril dan pagar baru!

Kiroro Mirae



MIRAI E lyrics
Kiroro
Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai
Haha ga kureta takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayume to kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Sonna watashi no te wo nigiri
Issho ni ayundekita
Yume wa itsumo sora takaku aru kara
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
Jibun no SUTOORII dakara koso akirametakunai
Fuan ni naru to te wo nigiri
Issho ni ayundekita
** sono yasashi wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu
* repeat
** repeat
* repeat
Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai

Mirai e mukatte yukkuri to aruite yukou



* Lama betul aku tak dengar lagu nie...
boleh lah buat update blog nie...yg selalu sepi...rindu la pulak

Mengapa Cincin Pernikahan Harus Ditaruh di Jari Manis??



Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar-benar membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam.

2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.

3. Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang
yang tidak dipisahkan...

4. Cobalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang
tua, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk
anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

6. sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari
kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

7. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan hairan karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.

* Mungkinkah ada kebenarannya...???

10 hadiah Istimewa



Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi..

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

HUNDRED PERCENT

This is rather a simple story but it’s so true……. 




A boy and a girl were playing together. The boy had a collection of marbles. The girl had some sweets with her. The boy told the girl that he will give her all his marbles in exchange for her sweets. The girl agreed. The boy kept the biggest and the most beautiful marble aside and gave the rest to the girl. The girl gave him all her sweets as she had promised.


That night, the girl slept peacefully. But the boy couldn't sleep as he kept wondering if the girl had hidden some sweets from him the way he had hidden his best marble.


Moral of the story :


If you don't give your hundred percent in a relationship,


you'll always keep doubting


if the other person


has given his/her hundred percent


This is applicable for any relationship


like love, friendship, employer-employee relationship etc.,


Give your hundred percent to everything you do and sleep peacefully "


"It's nice to be an important person, but it's more important to be a nice person

Hot Spot Crime Area in Kuala Lumpur


1 Lebuh Ampang
Bus Stop Near The Indian Restaurants - Snatch Thief Area, victims are normally
Malay and Indian girls who are alone and not aware.Sexy Indian Girls, please be extra
careful if you are to say a word, they will insult you with vulgar words or c
even slap your face if you put up a fight.

2 Jalan Ampang - Menara Great Eastern / Great Eastern Mall
- If you are approached by anyone - men or women asking for direction or time, please be ALERT if any cars or motobike that comes near you. Stop your conversation and run for your for your life, if not be ready to
scream or if you have a spray get it ready. Tag Team Ahli
Gusti Jahat Gang will either snatch your handbag / handphone or sepak you if they
can't get anything from you. If you are too sexy - they will bundle you into
their car or molest you on the spot..

3 Changkat Thambi
Dollah Off Jalan Pudu - Bus Stop and Wisma Shaw Areas Lots of
Mat Rempits who hang around the bus stop area to snatch your handbag.
Those who drive to this area and to Wisma Shaw for shopping or
Cari Makan, Please park your car at a safe parking area. Tepi Jalan parking
areas can be not safe - Taiko Tai might force you to remove your car
or they will park to block your car. Any words you say to them might end-up
you getting a good bash -up.[They have areas whereby only gang
leaders can park their cars]

4 Jalan Pudu From
Swiss Garden Hotel to Hentian Pudu Raya and Menara Maybank

4.1 Ladies please take care of your handbag and your handphone when you place
it near your ears - Mat Rempit Gang will Zoooom near you and roughly snatch it from you. You might just fall down due to th e impact of it and hurt your head by hitting the ground.

4.2 When withdrawing cash from the banks ATM [Ambank or Maybank] Please look around first b4 you do your withdrawal,
IF YOU NOTICE someone looking at you or suspicious to you,then you have to be extra careful OR don't do ATM withdrawal there! There is this GERAK KILAT gang who in a split second would be near you and snatch
or point a knife at you to handover the money, some even
force their victims to withdraw from their victims other ATM banks.[According to my not so reliable source - theywere one or two female victims who were raped and dumped at Setapak and Kepong area]

4.3 Boarding of Taxi or Unkown Person Car - Please take note of taxi registration number and of the route the drivers is taking you, was told if you are taken to a wrong road then you would end-up as a Rape victim or if
you are a guy, hehehe... you would be cash strip / burnt in a car.[My best friend lately was a victim, lost his Rolex Watch , Wedding Ring and ATM's Card ].

4.4 Ok, Ladies if you think that its safe to be on a motorbike with your Macho Guy that's fine, but beware of motorbikes beside you, they might be snatchers who will snatch your bag and Zoom away .

5 Wangsa Maju Putra
LRT and TAR College Area A New Gangster Area this area have now
become worst than Jin jan g, Balakong or Puchong .Groups of youths will
do anything to harm you for just a matter of cents or dislike personality.
Don't stare or look at them, all you will know is that they will just simply
stab you with a penknife or a dagger.

6 Kepong, Selayang,
Sentul Timur LRT and Wangsa Maju - UnKnown Part Time Taxi
Drivers or Stolen Taxi Waiting for You To Be Their Victims- Ladies if you are
alone, please DO NOT board a taxi if you think the driver is not pleasant.
If you have withdrawn money from the bank or that you are sexy please
ENSURE that the driver doesn't use the central locking of his taxi and driving you
to a right route.[You have the full rights to ask the taxi driver not to use the central
locking - Wind down the windows if he does not obey to you]..
Macho Guy you too can be a victim cash and valuables.

** KAREKTOR KELAHIRAN **


KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH : KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.

Suka mendidik dan dididik.

Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.

Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.

Suka smart, kemas dan teratur.

Bersifat sensitif, berfikiran mendalam.

Pandai mengambil hati orang lain.

Pendiam kecuali telah dirangsang.

Agak pemalu.

Daya tumpuan yang sangat tinggi.

Mudah mendisiplinkan diri sendiri.

Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.

Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya.

Cukup sayang pada kanak-kanak.

Suka duduk di rumah.

Setia pada segala-galanya.

Perlu belajar kemahiran sosial.

Cukup cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI
Berfikiran abstrak.

Sukakan benda yang reality dan abstrak.

Intelligent, bijak dan genius.

Berpesonaliti yang mudah berubah.

Mudah menawan orang lain.

Agak pendiam, pemalu dan rendah diri.

Jujur dan setia pada segalanya.

Keras hati untuk mencapai matlamat.

Tidak suka dikongkong.

Mudah memberontak apabila dikongkong.

Suka kegiatan yang lasak.

Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.

Mudah mempamerkan marahnya.

Tidak suka benda yang remeh-temeh.

Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.

Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.

Pemerhatian yang tajam.

Suka hiburan dan sukan.

Suka benda yang bersifat seni.

Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.

Berkecenderungan pada benda yang tahyul.

Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.

Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan.

Mudah didampingi.

Sangat pemalu dan pemendam rasa.

Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah
simpati.

Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam
persekitaran.

Suka pada kedamaian.

Sangat peka kepada orang lain.

Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.

Tidak cepat marah dan sangat amanah.

Tahu balas budi dan tahu kenang budi.

Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.

Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.

Suka berangan-angan.

Suka melancong.

Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.

Kelam kabut dalam memilih pasangan.

Suka dgn hiasan rumahtangga.

Punya bakat seni dalam bidang muzik.

Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik.

Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik.

Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal.

Sangat menarik dan pandai manjakan diri.

Punya daya mental yang sangat kuat.

Suka diberi perhatian.

Sangat diplomatik (pandai memujuk).

Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.

Sangat berani dan tiada perasaan takut.

Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan
pemurah.

Emosi cepat terusik.

Try control the emotion.

Kecenderungan bersifat dendam.

Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan.

Kuat daya ingatan.

Gerak hati yang sangat kuat.

Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.

Berpenyakit di sekitar kepala dan dada.

Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil.

Kuat semangat & bermotivasi tinggi.

Pemikiran yang tajam.

Mudah marah apabila tidak dikawal.

Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian.

Perasaan yang amat mendalam.

Cantik dari segi mental & fizikal.

Tidak perlu dimotivasikan.

Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.

Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri).

Suka berangan.

Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.

Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.

Daya khayalan yang tinggi.

Permikiran yang tajam.

Pandai berdebat.

Fizikal yang baik.

Kelemahan sistem pernafasan.

Suka sastera, seni & muzik serta melancong.

Tidak berapa suka duduk di rumah.

Tidak boleh duduk diam.

Tidak punya ramai anak.

Rajin dan bersemangat tinggi.

Agak boros.

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan.

Mudah ditawan kerana sikap baik.

Berperangai yang lemah lembut.

Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood.

Idea yang terlalu banyak di kepala.

Bersikap sensitif.

Otaknya aktif (sentiasa berfikir).

Sukar melakukan sesuatu dengan segera.

Bersikap suka menangguh-nangguh.

Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.

Cepat marah & cepat sejuk.

Suka bercakap & berdebat.

Suka buat lawak & bergurau.

Otaknya cerdas berangan-angan.

Mudah berkawan & pandai berkawan.

Orang yang sangat tertib.

Pandai mempamerkan sikap.

Mudah kecil hati.

Mudah kena selsema.

Suka berkemas.

Cepat rasa bosan.

Sikap terlalu memilih & cerewet.

Kurang mempamerkan perasaan.

Lambat nak sembuh apabila terluka hati.

Suka kepada barang yang berjenama.

Mudah menjadi eksekutif.

Kedegilan yang tidak terkawal.

Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.



JULAI
Sangat seronok didamping.

Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.

Agak pendiam kecuali dirangsang.

Ada harga dan maruah diri.

Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.

Mudah dipujuk dan bercakap lurus.

Sangat menjaga hati orang lain.

Sangat peramah.

Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.

Berjiwa sentimental.

Jarang berdendam.

Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.

Tidak suka benda remeh-temeh.

Membimbing cara fizikal dan mental.

Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang.

Layanan yang serupa dengan semua orang.

Tinggi daya simpati.

Pemerhatian yang tajam.

Suka menilai orang lain dengan pemerhatian.

Mudah dan rajin belajar.

Suka muhasabah diri.

Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.

Suka mendiamkan diri.

Suka duduk di rumah.

Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.

Tak agresif kecuali terpaksa.

Lemah dari segi kesihatan perut.

Mudah gemuk kawal tak kawal diet.

Minta disayangi.

Mudah terluka hati tapi lambat pulih.

Terlalu mengambil berat.

Rajin dalam membuat kerja.

OGOS
Suka berlawak.

Mudah tertawan kepadanya.

Sopan santun dan caring terhadap orang lain.

Berani dan tidak tahu takut.

Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.

Pandai pujuk orang lain.

Terlalu pemurah & bersikap ego.

Nilai harga diri yang sangat tinggi.

Dahagakan pujian.

Semangat juang yang luar biasa.

Cepat marah & mudah mengamuk.

Mudah marah apabila cakapnya dilawan.

Sangat cemburu.

Daya pemerhatian yang tajam & teliti.

Cepat berfikir.

Fikiran yang berdikari.

Suka memimpin & dipimpin.

Sifat suka berangan.

Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.

Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.

Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.

Belajar untuk relax.

Sikap kelam kabut.

Romantik, pengasih & penyayang.

Suka mencari kawan.

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur.

Sangat cermat, teliti & teratur.

Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.

Pendiam tapi pandai bercakap.

Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.

Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.

Kerja yang dilakukan sangat sempurna.

Sangat sensitif yang tidak diketahui.

Orang yang banyak berfikir.

Daya pentaakulan yang baik.

Otak bijak & mudah belajar.

Suka mencari maklumat.

Kawal diri dari terlalu mengkritik.

Pandai mendorong diri sendiri.

Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia.

Suka sukan, hiburan & melancong.

Kurang menunjukkan perasaannya.

Terluka hatinya sangat lama disimpan.

Terlalu memilih pasangan.

Sukakan benda yang luas Bersistematik.

OKTOBER
Suka sembang.

Suka orang yang sayang padanya.

Suka ambil jalan tengah.

Sangat menawan & sopan santun.

Kecantikan luar & dalam.

Tidak pandai berbohong & berpura-pura.

Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan.

Sentiasa berkawan.

Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.

Cepat marah.

Macam pentingkan diri sendiri.

Tidak menolong orang kecuali diminta.

Suka melihat dari perspektifnya sendiri.

Tidak suka terima pandangan orang lain.

Emosi yang mudah terusik.

Suka berangan & pandai bercakap.

Emosi yang kelam kabut.

Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).

Suka melancong, bidang sastera & seni.

Pengasih, penyayang & lemah lembut.

Romantik dalam percintaan.

Mudah terusik hati & cemburu.

Ambil berat tentang orang lain.

Suka kegiatan luar.

Orang yang adil.

Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.

Mudah patah semangat.

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara.

Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.

Berfikiran ke hadapan.

Berfikiran unik dan bijak.

Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa.

Pemikiran yang tajam.

Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.

Bagus untuk jadi doktor.

Cermat dan teliti.

Personality dinamik.

Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.

Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.

Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.

Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.

Diusahakan sehingga berjaya.

Tak suka marah kecuali digugat.

Mudah ambil berat terhadap orang lain.

Pandai muhasabah diri.

Cara berfikir lain dari orang lain.

Otak yang sangat tajam.

Pandai mendorong diri sendiri.

Tidak hargai pujian.

Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya.

Badan yang "tough" (sasa).

Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam.

Romantik.

Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang.

Suka duduk di rumah.

Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.

Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.

Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.

Bercita-cita tinggi.

Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah.

Bersifat patriotik.

Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.

Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.

Bercita-cita tinggi.

Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.

Seronok didampingi.

Suka bercampur dengan orang.

Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai.

Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.

Tidak pandai berpura-pura.

Cepat marah.

Perangai yang berubah-ubah.

Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi.

Benci pada kongkongan.

Suka berlawak.

Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.

* Rasanya..dari pemerhatian dan diri sendiri rasa ada kebenarannya..

JAPANESE T'SHIRTS....... This is Unbelievable!!!!!!!














* Mudahnya...terutamanya klu nak pegi bercuti...tak payah bawa beg besar2

Resepi - Simple Chicken Chop

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

SOS / Gravy
150gm sos cili
2 cawan stok ayam
1 sudu besar brown gravy
3 ulas bawang putih - kisar halus
3 cm halia kisar halus
100 gm sos tomato
sedikit garam
Serbuk lada hitam kasar (ikut suka)

Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin.
Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi.
Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam.
Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam.
Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat.

Sos -
Tumiskan bawang putih & halia.
Masukkan kesemua bahan SOS
Masakkan sos selama satu minit.

Hidangkan.

Have You Ever Really Loved A Woman ?

To really love a woman, to understand her
You gotta know her deep inside
Hear every thought, see every dream
And give her wings when she wants to fly
Then when you find yourself lying helpless in her arms
You know you really love a woman
To really love a woman
Let her hold you,
'Til you know how she needs to be touched
You've gotta breathe her, really taste her
'Til you can feel her in your blood
And when you can see your unborn children in her eyes
You know you really love a woman
When you love a woman,
Tell her that she's really wanted
When you love a woman, tell her that she's the one
She needs somebody to tell her
That you'll always be together
So tell me have you ever really,
Really really ever loved a woman?
You got to give her some faith, hold her tight
A little tenderness, gotta treat her right
She will be there for you, takin' good care of you
You really gotta love your woman...

Then when you find yourself lyin' helpless in her arms
You know you really love a woman

When you love a woman, tell her
That she's really wanted
When you love a woman tell her that she's the one
She needs somebody to tell her
That it's gonna last forever
So tell me have you ever really,
Really really ever loved a woman?
Just tell me have you ever really,
Really, really, ever loved a woman?
Just tell me have you ever really,
Really, really, ever loved a woman?

7 Perkataan "UP" untuk berjaya


1. WAKE UP (bangun).
Tidak peduli berapa kali kita gagal, jika kita lebih banyak bangun dari kegagalan & mencubanya lagi, kita akan berjaya.

2. DRESS UP (berhias).
Kecantikan dari dalam jauh lebih penting daripada sekadar kecantikan luaran yang hanya sementara. Miliki mental yang kuat, keputusan tepat & tenangkan diri. Ia akan menjadikan individu lebih yakin pada diri sendiri dan rasa lebih tanggungjawab.

3. SHUT UP (berhenti bicara).
Berhentilah bicara tentang kejayaan masa lalu, saatnya kini harus  fokuskan diri untuk kejayaan masa depan.

4. STAND UP (berdiri).
Berdirilah teguh beri keyakinan bahawa kita pasti berjaya.

5. LOOK UP (pandanglah).
Lihatlah semua impian kita dalam imiginasi kita sebagai pekara yang pasti berlaku.

6. REACH UP (Capailah).
Capailah sesuatu yg lebih tinggi dari prestasi dahulu kerana itu menandakan bahawa kita akan berjaya.

7. LIFT UP (Naikkan). Naikkan keyakinanan semua impian kita dalam bentuk doa & ucapan syukur agar segala akan tercapai.

Bahaya Duduk Terlalu Lama Depan Komputer


Komputer memang suatu alat komunikasi yang memudahkan kita dalam banyak hal, terutamanya untuk menyelesaikan pekerjaan tetapi "diam-diam", komputer juga akan menjadi musuh tersendiri bagi penggunanya.

Menurut sebuah kajian, ternyata pengguna komputer yang duduk mengadap terlalu lama depan komputer akan mengalami penyakit di bahagian belakang atau belakang dan juga sakit kepala. Dan jumlah ini meningkat sebanyak 2 kali ganda selama 1 dekad ini.

Sakit kepala meningkat lebih daripada 50% dan mata berair dialami lebih daripada 1 bilion orang pengguna komputer.

Masih menurut kajian, wanita lebih banyak mengalami sakit kepala berbanding lelaki. 53% daripada wanita mengalami sakit kepala minima 1 bulan sekali berbanding dengan lelaki, 35%.

Sebagai maklumat tambahan, selain kedua-dua penyakit tersebut, penggunaan komputer terlalu lama juga mengakibatkan penyakit persendian tangan yang dikenali dengan nama Carpal Tunnel Syndrome.

Oleh itu kita tidak di syorkan duduk terlalu lama di depan komputer. Saranan dari doktor mata,  cara gunakan komputer yg baik adalah setiap 15 - 30 minit sekali mata kita di rehatkan, supaya saraf-saraf mata kita tidak tegang n stress. namun apabila terpaksa, dapat diatasi dengan menetapkan tahap cerah (brightness n contrastnya) ..

Ha..ha..tgk sendiri la..



*Sabor je la..

~*~ Types of Girls ~*~



CD-ROOM GIRLS
She always faster and faster


EMAIL GIRLS
Every ten things she says, eight are nonsense

HARD DISK GIRLS
She remember everything, FOREVER


INTERNET GIRLS
Difficult to access


MULTIMEDIA GIRLS
She make horrible thing look beautiful


SCREENSAVER GIRLS
She is good for nothing but at least she is fun


RAM GIRLS
She forget about you, the moment turn her off

WINDOW GIRLS
Everyone know that she can't do a thing right, but no one can live without her

VIRUS GIRLS
Also known as " wife" when are you not expecting her, she comes, install herself and uses all your resources. If you try to uninstall her you will lose something, if don't try you uninstall  her you will lose everthing...

SERVER GIRLS
Always busy when you need her

Popular Posts