Nak di kisahkan sorang jiran rumah aku..selang sebuah rumah.
Mak Cik Kiah nie ada anak bernama Nana,berumur 4 tahun..
Pada suatu petang Nana berkata pada ibunya..petang nie Nana nak ikut Kak Lin(jiran juga) pegi ngaji quran boleh tak ibu?.
Mak Cik Kiah pun berkata..boleh,.. pergilah Nana.
Pada petang itu Mak Kiah sedang bersiap nak sembayang asar, Nana berkata..Nana siap dulu ibu, Kak Lin dah tunggu nak pegi ngaji quran.
Mak Cik Kiah berkata..tunggu la ibu siap sembayang dulu..tetapi Nana menjawab tak pe la ibu....Nana pandai siap sendiri, maka Mak Cik Kiah pun berkata ikut nana la..tapi jalan baik-baik.
Semasa Nana melintasi rumah aku baru sahaja balik dari kedai.
Aku menegurnya..comelnyer Nana, nak pegi mana tu? kata Nana berkata, nak pegi ngaji Cik Eena..
Ketika dia memandang pada aku, aku terperasan anak tudung yang dipakainya lain macam je..aku tengok..
Aku pun memanggil Nana.Nana,...mari Cik Eena tengok anak tudung yg Nana pakai...
Ya allah..budak nie..aku sakit perut aku menahan ketawa..lalu menjerit memanggil Cik Kiah..
Mak Cik Kiah tiba dan menjerit..oh ..tidak...anak..aku...
*Korang tau apa yang di pakai Nana jadikan anak tudung..ha..ha seluar dalam ibu dia...