BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 2, 2012

Anda Takut Dengan Jarum?


Seorang profesor Jepun telah mencipta sebuah kaedah suntikan untuk memberikan vaksin dan ubat-ubatan tanpa rasa sakit.

Kanji Takada dari Farmasi Universiti Kyoto mengatakan dia telah mencipta sebuah jarum berukuran mikro yang tidak menembus kulit lapisan kedua sehingga pesakit tidak akan merasakan sakit sama sekali.

Jarum yang terbuat dari polimer ini dapat larut dalam air (dalam hal ini darah) ketika ditekan ke dalam epidermis, iaitu lapisan kulit paling luar.


Penyelidik- penyelidik lain pernah mencuba menggunakan gula untuk membuat jarum mikro, namun usaha mereka gagal kerana jarum tersebut terdegradasi pada suhu di atas 100 darjah Celcius sehingga obat-obat yang terkandung di dalam jarum tersebut juga hilang, kata Takada.

Dia mengatakan sistem suntikan baru ini akan tersedia untuk digunakan di rumah sakit Jepun dalam masa dua tahun.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts