BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 2, 2012

Kecewa..


Siapa yang tidak pernah kecewa? siapapun pasti pernah merasakan kecewa, ada yang kecewa kerana pekerjaan, teman, atau hubungan cinta dengan dan sebagainya. Terdapat pelbagai perasaan kecewa , ada yang dengan mudah melupakan kekecewaan tersebut tetapi ada yang susah bahkan tidak dapat melupakaan perasaan rasa kecewa tersebut.

Kecewa memang merupakan hal yang normal tetapi bagaimana kita mengatasi kecewa tersebut yang membelenggu diri kita. Berikut ini beberapa tips mengatasi perasaan kecewa.

- Memahami Punca Masalah
Fahami punca permasalahan yang menyebabkan kita kecewa, dengan memahaminya maka kita mudah mencari jalan keluar mengatasinya

- Fahami perasaan Kita
Alangkah baiknya jika kita juga memahami perasaan kita, Cuba hayati tekanan yang kita hadapi sehingga mudah kita mengatasi rasa kecewa tersebut.

- Ikhlas dengan Perasaan Kita Sendiri
Hindari untuk menipu perasaan diri kita sendiri, kerana adakalanya rasa kecewa kerana hal yang lain. Misalnya kita kecewa kerana rakan kerja mencapai pangkat yang lebih tinggi kita, tetapi menambahnya dengan rasa kecewa dengan merasakan rakan kita lebih cantik.
contohnya : kita melihat bahawa kita menambah beban kecewa dengan perasaan kecewa mencapai pangkat itu sahaja, bukan kerana rakan kita lebih cantik. Cuba hayati dengan tenang perasaan kita,cari punca utama dari rasa kecewa tersebut dan tidak perlu menambahnya .

- Fahami Punca Kekecewaan
Selain memahami punca masalah, cuba fahami juga punca dari rasa kecewa tersebut. Apakah punca kecewa tersebut selalu berulang-ulang kita alami? apakah ada salah dalam diri kita? dan sebagainya.

- Menghindarinya
Setelah mengetahui dan memahami punca kekecewaan itu, cuba fikirkan apakah pekara tersebut dapat dihindari di masa akan datang, dan kita dapat mengatasi rasa kecewa tersebut.

- Cara mengatasi kekecewaan
Jika kita merasa kita sudah berusaha untuk mengatasi kekecewaan tersebut, kita sebenarnya telah berhasil menguasai diri kita untuk mengatasi rasa kecewa itu. Ada beberapa cara ‘ubat’ atasi rasa kecewa tersebut;

* Fokus perhatian kepada aktiviti lain yang bermanfaat
* Melupakan kekecewaan tersebut dan berkomitmen untuk tidak kecewa lagi
* Meluahkan perasaan kita kepada teman atau orang yang kita percayai

- Minta nasihat atau pandangan dari orang lain
Cubalah untuk meminta nasihat dari orang lain yang kita hormati & percayai dan sebaliknya jangan meminta nasihat dari orang yang kita benci atau yang sakitkan hati kita.Jangan menambah perasaan kecewa tetapi mengurangi rasa kecewa tersebut.

- Jangan memanjakan perasaan
Salah satu ubat mengatasi rasa kecewa adalah jangan memanjakan perasaan kita, hindari untuk terlalu mengikut perasaan. Cuba lakukan aktifiti lain yang dapat mengalihkan fikiran dari hal yang menyebabkan rasa kecewa.

- Biarkan Otak mengatasi Hati
Cubalah untuk menenangkan perasaan dengan pemikirian, jika kita menggunakan otak untuk mengatasi perasaan (hati) akan lebih mudah kita melihat jalan yang lebih lurus dan rasional. Biasanya pemikiran rasional akan dapat mengatasi rasa kecewa.

- Tingkatkan keyakinan diri
Rasa kecewa biasanya akan muncul ketika kita kurang percaya diri. Hal ini sangat penting mengelakkan rasa kecewa pada diri kita berulang lagi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts