Thursday, August 2, 2012
Senyum Sebentar - Jelingan ayah
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
- he..he..kelakar, dah lama tak ketawa sorang2 -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Karangan yang buat aku sakit perut ketawa sekejap...Jom laayan!!!
-
FISH BALL Bahan-bahan: 400 g isi ikan tenggiri 1 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah 3 sudu besar tepung jagung...
-
Di musim cuti sekolah ini aku cuba nak share untuk buat origami.. Boleh hilangkan tension tau..itu kalau menjadi la... Boleh try dulu yang...
-
Penjelasan ini, mungkin memberi sedikit mengapa 10 wanita ini terpilih sebagai pemilik mata tercantik di dunia: 10. Charlize Theron D...
-
Resepi yang aku suka buat ... mudah dan ringkas.. Paling best makan tengah relak-relak, pada waktu petang Bahan-bahan Aiskrim (...
No comments:
Post a Comment