BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 2, 2012

Peringatan - Taktik Perompak


" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA
KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA.CARA TERBARU
UNTUK MENCURI KERETA"

.... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya.Kita start engine
kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang
untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat
ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking
balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa
jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai
dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar
dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia
mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta
anda.

Perasan tak kaum hawa?
Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri
memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2
kita.Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI
DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN.
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian.

*sekadar menyebarakan info untuk keselamatan bersama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts